BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 26, 2009

Lega...


Kin amat penat... penat buat macam-macam... penat badan, penat kepala otak, penat nak cakap, cuma masih belum penat menaip jer lah...hehehehe!!!

Hari nie kepala otak serabut sikit, memacam fikir. Dah lah ada Ad-hoc projects tetiba jer... Mood pun amatlah kureng...

Tetiba ada 2 orang sahabat mengajak ke club house, katanya nak pi sauna.....

Cun gak kan!!...Boleh release tension sikit.....



Kin dah mandi, wangi tauuuu....

Beshnya.... badan pun rasa ringan jer.... Puas hati.....




Nak lagi tenang, mari kita kesini.....




p/s: jumaat yang besh!!!

Alhamdulillah.....


Alhamdulillahh.......


Aries'sya dah beransur pulih 80%. 20% masih lagi batuk tahap manja....hehehehe!!!



Nie pics malam tadi kul 1.30am. Masih belum tido, sikecik nie mengada nak main cak-cak malam-malam buta...

Sebagai seorang ibu yang prihatin, haruslah layan kan. Takkan haku nak membuta sedangkan sikecil nie masih lagi dengan aktiviti hariannya walaupun jam sudah menunjukkan kul 1.30pagi....






Malu konon.....



See..see.....

Tiada apa yang bermakna dalam hidup kita selain melihat mereka gembira dan sihat...

Betul kan.....

Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan Aries'sya... Sorry tak dapat reply comments,msg or sms coz sangatlah sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu...

Bila Aries'sya dah okay, semua akan jadik happy.......

Betul tak Miss Jiejie....


p/s: salah aku ker

Biar Betik


73 peratus wanita tak puas di ranjang


KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

************************************************************************


Semalam ada sorang kawan Kin lelaki dalam lingkungan umur 30-an, dia duk kecoh pasal issue nie lepas dia baca dalam Kosmo.


Mula-mula Kin buat bodoh jugak, tetiba dia pergi tanya ada akak umur around 40-an soalan camgitu....

Sekali dengan selamba badak akak tu jawab "kenapa u tanya i, better u balik & tanya ur wife, esok bagth we olls jawapan dia"

Hehehehehe!!! Ambik ko ubat!!!


p/s: apa-apa lah!!!

Suram


Kalau ku tahu begini....





Tak mudah untuk kita sadari

Saling mendengarkan hati

Tak mudah untuk kita pahami

Berbagi rasa di hati...



p/s: credit to Ahtila

Camner nie...


Aries'sya masih lagi batuk... deman adalah sikit-sikit....

Doctor suruh admitted, tapi Kin & Mama nak jaga dia dulu, tengok camner...

hari nie Kin half day morning, Aries'sya merengek nakkan Mummy nya... Aries'sya nie walaupun demam, lasaknya masyallah.... taklah reti nak duduk diam..

Tiap kali dia melompat-lompat, Kin selalu warning dia " Kalo kakak lompat-lompat, Mummy bawak pegi hospital".... *dialog camnie nak bagi dia duduk diam jer, jgn kata haku kejam okay*

Sabtu & Ahad, kin ada banyak invitations.. semua harus pergi. kalo tak pergi takut nanti kalo time Kin ajak diaorg takmoh dtg plakk.....

Camner nie.... Harap semuanya okay, tapi yang paling penting kesihatan Aries'sya dulu!!!..

Aries'sya cepat sihat Sayang.....!!!

Wednesday, February 25, 2009

Aries'sya Oh Aries'sya.....


Musim hujan kan sekarang...

Asal petang jer hujan lebat, malam pun sejuk jer....

Cuaca gini mengundang penyakit pada mereka yang somput macam den nie... Aries'sya plak kena tempias...

Demam + batuk yang berbunyi "ketakutan"....



Masa sakit nie, MrHazizul lah kena pegang. Kalo Kin dukung maunya semput, coz berat Aries'sya semakin DEBOM...



Masa nie dia segan haku duk snap pics dia...

Takmohlah mummy, kakak sakit.....



Akhirnya, kerana bunyi-bunyian itu, doctor suruh pakai nab kat situlah jugak...

Kata doctor, better rujuk Aries'sya kat Pakar coz batuknya kuat....

Alahai....... Penatnya tak habis lagi.....

Biarlah Kin jaga dulu semalaman, wee see how ya.....


Maybank2U Users - Alert!!!


U olls....

If u guys received any mails from yahoo or hotmail reg. CUSTOMER VERIFICATION.

Jgn sesekali update any information u olls thru email.....Its a "phishing" website.... Jgn reveal apa-apa or click any links.

Tu semua PALSU.....

kalo betul MAYBANK nak korang update korang punya information, semuanya harus dibuat di cawangan MAYBANK sahaja.....

So, berhati- hati ya....

Tuesday, February 24, 2009

Survey jer....


Semalam lepas keje, balik rumah terus berdesup ke
IKEA....

Sabtu Ahad nie mama ada projek rumah. Sambil-sambil tu, Kin duk recce interior design yang ada Kat IKEA nie...

Chantek-chantek kan... Tinggal sedia duit jer...





Sambil tu Kin & MrHazizul berkira-kira berapa nak kena simpan untuk rumah baru nanti... Masa bergerak pantas kan, tup tap, tup tap dah 2010...

Adoi!!!! Masa tu macam-macam nak kena plan....



Impian Kin nak beli rumah before umur 30 dah tercapai, alhamdulillah.... kekadang rasa macam tak percaya pun ada.

Yelah, benda nie semua takde dalam kepala otak dulu, tetiba bila tengok kengkawan beli rumah, rasa cemburu tu ada....

Masa tu kak Piah, tengah sibuk dengan urusan lawyer dan sebagainya.... (hahaha!!!pengaruh kawan lagi, ingat
nie tak)...

Sekarang nie dah rumah, insyallah akan siap awal tahun 2010.... Alhamdulillah...

Ada lagi satu impian belum tercapai, insyallah masih dalam progress... Kalo semua dah ada & cukup, akan Kin kongsi dengan u olls okay.... Tapi MrHazizul kata nak hadiahkan "confirm ke daddy"...hehehehe!!! Biarlah rahsia dulu ya....

Cuma satu, kalo lah kin dikurniakan lagi zuriat, ia merupakan hadiah yang amat bermakna buat Kin dan keluarga.... Aries'sya pasti seronok kan....!!!!!


p/s: terus mengharap...

Happy Kerr....


Mau tak happy, kalo ko dapat macam nie dengan Family selalu....

Besh aper....







Ekceli, Kin teringat lagi masa mula-mula kahwin. Selalu jugak kuar dgn kawan tengok wayang sampai tengah malam....


kebetulan dapat suami yg sangat sporting habis...Tak tahulah kot-kot masa tu, mood perantin baru ada, so takleh lah nak marah-marah kan.... Kata sayang bini, harus buktikan ok.

Then masa mengandung pun camtu gak, lepas beranak masa tu cutting badan tgh chantek, pun asyik kuar dgn kawan....

Lama-lama macam boring, sebab rasa takde tanggungjawab...

Dari situ, dah mula keluar dgn suami dan family, rasa lagi nikmat. Taklah kata kuar dgn kawan tak besh cuma bezanya adalah amat ketara coz ko keluar dgn orang-orang yang amat penting dalam hidup ko kan...


Masa tu dah tak tinggalkan anak kat mama lagi, selalu keluar makan sama-sama, cuti sama-sama, shopping sama-sama... Semuanya sama-sama lahh.....

Sebab bila kita luangkan masa bersama family, semuanya akan jadik perfecto....

Sekarang ni dah takmoh tinggal suami dan anak lagi dah. Mereka tu semua penting termasuk mak ayah kita.


Pada mereka yang duduk dengan mak ayah atau dema dekat dengan kita, macam Kin.... kira bonus bergandalah tu. Ko takyah balik kampung carik mereka coz diaorg ada depan mata kan....Luangkan lah masa semasa mereka ada.....

Janganlah kita abaikan orang tersayang, kerana mereka memerlukan kita...

Kak Piah, Jah... Korang jalan-jalan jangan tak bawak anak & laki...dosa tau!!!!

psssttt!! Ina, Jib, Tini jadik ke kuar 28Feb nie...hehehehe!!! (dah lama tak jumpo korang)


p/s: nikmatkah......

Monday, February 23, 2009

Tudung Ekin


Ya..Ya... Org duk jaja nama haku kebelakangan nie.. Betul apa, Tudung Ekin. hello!!! Akak bukan syok sendiri ya, dah sah dan nyata mmg nama akak shikin, cuma spelling jer diubah....


Macam khatijah jadik Kathy, Salmah jadi Sally, Maimon jadik Memey... Memey!!! alamak terlebey sudah...!!!

Memey, ko jgn sentap nok....





Sebenarnya Kin nak ceriter sikit pasal tudung vs kawan.

Mula-mula kisah bertudung.... Kowang tahukan umur Kin dah hampir beberapa meter lagi mencecah 30 tahun *muda aper*

So, kin pun ada azam tahun baru, iaitu berimej tudung secara besar-besaran. tapi Kin nie kan manusia biasa, selalu buat silap..... Nak buat secara DRASTIK, takut tak mampu pula.... So secara pelan-pelan kayuh. kekadang bila dgn family, tudung tu telah Kin campakkan merata hala, konsepnya masa tu lupa diri...hehehehe!!!

Takpe, macam Kin katakan tadi, pelan-pelan kayuh... Biar kita buat semua benda nie dgn ikhlas hati dan niat yang suci murni. Pendek kata benda nie semua terletak dalam diri kita sendiri, cara mana kita nak berubah dari kejahatan ke arah kebaikkan atau sebaliknya....

Antara penyebab dan pencetus idea imej bertudung nie adalah dari kawan jugak. dari mereka kita terpengaruh untuk menjadi yang terbaik secara pelan-pelan ya.. pengaruh benda elok takpe, jangan pengaruh benda Burok, nahas ko nanti!!!!

Pengaruh kawan nie bahaya, esp kalo kita dah sama tittle, sama bentuk, sama kisah, sama nasib. Bahaya tuhhh!!!

Tapi tak dapat Kin nafikan yg imej bertudung nie, Kin colek *piah, pinjam ayat TS japs* dari Kak Piah & Tipah. Tulah, macam kin katakan, kawan nie penyumbang dan pengaruh terbesar dalam diri kita... kalo bertudung pun boleh berfesyen aper, lagi SEKSI....

Tak juga Kin nafikan yang Kin terpengaruh dengan gaya artis, macam pengacara WHI Azizah Ariffin... Alah!! macam korang tengok artis berfesyen, suka jugak kan... cara diaorg dressing dan sebagainya.... tapi jangan korang terpengaruh dengan aksi cerai berai dema nie dan rebut laki orang, not good okay....

Disebabkan mereka nie mampu menjadik muslimah yg baik dikaca mata Kin nie, Kin buat keputusan untuk SEREYES bertudung... Cuma Kin selalu muhasabah diri Kin untuk sentiasa jadik baik & terbaik....

Macam yang Kin cakap mula-mula tadi, kekadang Kin lupa juga, hilang ingatan jap.. tapi kalo boleh Kin nak jadik yang lebih baik dari tahun lepas.... Kin nak jadik apa yg Kin nak, bukan apa yg Kin kena buat..... Berubah mengikut kata hati....Tu lebih baik!!!!

Ramai jugak yg berkata " Tak semestinya orang bertudung, orang tu baik kan"... Tepuk muka, tanya sakit tak.... (petikan peribahasa : tepuk dada tanya selera)...

kesimpulan entry nie, Kin nak jadik seorang anak,kakak, isteri & ibu yang mampu menjadi yang terbaik dimasa akan datang.... Bukan sahaja imej bertudung, prilaku juga penting wooo!!!



p/s: curly, gurly....

LEPAKing


Kami berkelah dirumah jer......
Memang gie PD nie nak berehat jer, takdelah plan nak jenjalan kat mana-mana.....

Malas nak kuar dari resort, mama dah standby dgn makanan. Senang kan.......


Since mama dah ada hobi baru, maka tugas memasak sudah bertukar tangan..... MrHazizul take over yaaa....!!!



Alah masak nie jer... Ermmm!!! Aries'sya pun boleh masak kan sayang....


Shedapp.......





Beshnya lepak-lepak sambil makan...


Sejuk plak tuh.... Memalam sunyi jer..... Tak bising pun macam kat KL....

Kalo macam nie tiap-tiap minggu kan syorgaaaa......


p/s: perlu kamu

Chenta






Tiada apa yang lebih berharga dan bermakna selain bersama mereka yang tersayang...

Betul tak????

Betul..Betul..Betul...



p/s: berdosa tau...!!!

Lukisan Jiwa.....


Di Pantai Teluk Kemang.....









Nama pelukis nie En Zakir Amir.

Lokasinya betul-betul dekat Pantai Teluk Kemang.....

Harga untuk kami tiga beranak untuk pastel drawing ialah RM50 sahaja.... Sangat cheap..cheap kan.....!!!

Oh ya, nie first time Kin duduk membatu disitu dan menunggu orang melukiskan muka Kin, serius duduk sambil melihat orang duk memandang muka kita adalah sangat @#$%^&*...

Siaran langsung, tiada ulangan ya....


p/s: tak suka...tak suka

Swimming Pool





Aries'sya nie mmg kaki air... Alaaa.., kaki yang banyak air...Huhuhuhu!!!

Aries'sya nie tak boleh tgk pool, tak kiralah panas ke hujan ker, kalo dia dah jerit, sendiri mau ingatlah kan....

Hehehehe!!! Kalo rasa Kin slow sangat update, sila jengok Miss Jiejie punya blog ya.....

Saturday, February 21, 2009

Us!!!!

sebelum akak berceritera lebih lanjut lagi, meh sini akak memperkenalkan photographer kami yang baru.

Puan Sa'adiah aka omak den.....


Piah, Jah...omak angkat korang dah ado hobi baru, dio dah tak main masak-masak lagi dah.....



ohhhh... kami yang gediks kepenatan.....


Newly Wed!!!! Oppss!!!


Terlupa anak plak.... Sudah 4 tahun lahhhhhh kami kahwin... Alhamdulillah.... Nak buat aksi lagi BERANN takut plak kang kena santau dari jauh....Hehehe!!!



Gegurls.... Antara dema bertiga yang paling cute ialah Aries'sya..... Yang lain tu cuma tumpang glamer jer.....


p/s: hujan plak

Bercuti


Sabtu, tepat kul 4pm we olls selamat sampai di Port Dickson... We olls tak jalan jauh-jauh pun, dan disebabkan Kin ada tugasan yang perlu dilaksanakan disini...


Kali nie, menumpang kasih di Resort BNM....

Ekceli, nie kali kedua we olls ke sini, selalunya we olls tido di kondo kepunyaan MrHazizul di Glory Beach Resort....

Oh ya, kalo sesiapa mempunyai kemuskilan last minutes bercuti untuk mendapatkan resort, bolehlah contact Kin ya....

Insyallah, kami boleh menumpangkan kasih di kondo kami, opss!!! Kondo MrHazizul...Hehehe!!

Tapi awas, jangan esok korang nak bercuti, time tulah nak minta reserved kan.... Haruslah mengikut syaratnya kerana MrHazizul telah menyewakan kondon nya kepada Glory's Management. Bagilah we olls atleast 2 - 3 weeks untuk uruskannya.....











Chantek kan......

Bangga rasanya dapat berbakti dgn BNM, kemudahannya amatlah SUPERBB!!!!! Kat sini pun ada WIFI okay..... syioknya!!!!!

Oh ya, kin masih bertugas nie.... Curiks masa online jap....

Tunggu.....