Wednesday, September 10, 2008
Alhamdulillah...Selesai
Dari rentetan kisah ini & ini, akhirnya ia bakal menjadi milik ku tak lama lagi.. Segala proses berjalan dengan lancar.
So selepas menandatangi surat tawaran haku terus berdesup ke KWSP untuk urusan selanjutnya. Alhamdulillah, dengan umur haku yang boleh dikategorikan muda nie *muda ke*, haku mampu memiliki rumah dengan titik peluh haku sendiri.
Walaupun hutang beratus ribu, tapi haku puas coz segala-galanya berjalan dengan baik.... Alhamdulillah..
Lagipun masa kat KWSP, ada seorang officer bahagian review documents bernama En Zaid yang sangat baik hati menolong haku mengisi borang dari A to Z... Sangat mesra dan peramah officer tu.
Masa urusan penyerahan documents di kaunter pula, Puan Bavani selaku pegawai yang mengendalikan urusan mengemaskini data pun sangat baik, sangat fasih berbahasa melayu dan yang paling penting beliau mengingatkan haku pasal penamaan simpanan. Errr!! perlu tau u olls...Penting....
Anway, hari nie mmg hari bertuah haku, semua orang yang haku jumpa semuanya pakat nak menolong....
Alhamdulillah...
p/s: rezeki anak
Posted by mummysya at 11:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment