BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 27, 2008

Rumah Terbuka Upin & Ipin



Ahad, seawal 8am kami anak beranak dah bersiap ke Rumah Terbuka Ipin & Upin... Lepas siap-siap gerak dari rumah dalam kul 9am.... Nie je tempat yg haku sempat & sanggup terjah dikala kesakitan..... Lagipun dah janji dengan Kak Piah....



Rumah terbuka Upin & Ipin nie khas dianjurkan oleh Les' Copaque untuk Kelab Peminat Upin & Ipin sahaja... Kiranya hanya yang bertuah seperti kami sekeluarga...hehehehe!!! Gila bangga okeh!!

Bertempat di perkarangan Les' Copaque Production di Shah Alam
Kedatangan kami disambut senyuman mesra oleh Les' Copaque staff sambil memgiring kami ke meja pendaftarani. Wah!!! Layanan staffs Les' Copaque amat membanggakan.....

Antara bahagian yang sibuk pada hari tersebut sudah tentulah kaunter pendaftaran. Pada hari tersebut ahli kelab peminat bukan saja diberikan kad ahli malahan berpeluang memiliki poster Upin & Ipin edisi khas.


Hos majlis itew ialah Ida Shaheera iaitu pelakon suara bagi watak Kak Ros...


majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Burhanuddin bin Md. Radzi selaku tunggak utama dan salah seorang directors di Les' Copaque Productions...

kalo u olls nak tahu, citer Upin & Ipin nie ditayangankan dalam MAS tau....Hahahaha!!! Bangga okeh, kartun animasi kita mendapat tempat sebegini.....Alhamdulillah...


Pelbagai acara diaturkan seperti dengan sketsa pendek oleh pelakon suara Upin & Ipin.


Watak-watak lain seperti Fizi (Ida Yusuff), Mei Mei (Yap Ee Jean), Ehsan (Shahmi), Jarjit (Syafiq) dan Mail (Hasrul) turut menyertai sketsa tersebut.

Pelakon suara Upin & Ipin iaitu adik Fathiah mendapat perhatian ramai apabila beliau bersuara kerana suaranya yang sama seperti di dalam siri animasi tersebut.Terkejut budak-budak mendengornya.....


Kami dijamu dengan jamuan pelbagai jenis makanan sempena sambutan raya Aidilfitri & sessi bergambar dengan maskot Upin & Ipin......



haruslah membeli belah disini, masa nielah Aries'sya pow mummynya...Huhuhu!!!



Kalo u olls nak tahu, nielah pelakon suara Upin & Ipin iaitu adik Fathiah... Cute giler, Aries'sya terperanjat sambil tepuk tangan apabila adik Fathiah meniru suara Upin & Ipin....



Aries'sya yang masih terperanjat mendengar suara adik Fathiah...hehehehe!!!!



Kak Piah sampai agak lewat kerana federal highway mengalami kesesakan yang amat tragis dek lorry sampah terbalik....



Siap ada lucky draw lagi dan rezeki kami lagi kerana MrHazizul adalah salah satu pemenang lucky draw itew...Hehehe!!!

Tetiba masa dema duk melaungkan nombor cabutan bertuah iaitu nombor
40, tiada siapa pun datang kehadapan. Pada firasat haku, nombor tu pasti kepunyaan Kak Piah yang secara tetiba sudah hilang dari pandangan...

Apabila haku check semula, sah lah nombor betuah tu mmg kepunyaan Kak Piah....takde rezeki ko ler.......



Setelah selesai semuanya, kami pulang sekitar jam 1.15pm.


Terima kasih tak terhingga kepada Les' Copaque Production kerana sudi menjemput kami sekeluarga bersama-sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Upin & Ipin.


Semoga Kartun animasi ini mendapat tempat dihati seluruh rakyat Malaysia dan berbangga dengan karya anak-anak muda di Les' Copaque Production.




p/s: ada ke?

0 comments: