BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 15, 2009

Alhamdullillah

Buat rakan-rakan bloggers.

Buat masa ini setakat kul 10pm, mummysya telah dipindahkan dari ICU ke High-Depancy Unit (HDU).



Alhamdullillah, mummysya kini dalam keadaan stabil cuma leher mummysya terpaksa ditebuk dan dijahit dgn tiub agar ubat dapat dimasukkan melalui drip.



Buat pengetahuan semua, mummysya terpaksa ditebuk dileher kerana kesemua urat di tangan & kaki mengecut semasa dlm kritikal. Jadi doktor terpaksa menebuk leher bagi memasukkan tiub ke urat pembuluh darah. Kini, mummysya mampu makan & minum, walaupun sedikit janji beroleh tenaga.

Saya selaku suami dan wakil keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada yang sudi datang, call dan yang mendoakan termasuk yang menghantar wakil. Tak lupa juga pada Paksu Rafi dan Makcu buatkan sembahyang hajat untuk mummysya.


Semoga ALLAH membalas budi baik anda semua.


Salam sayang dari Mummysya


Salam
Mr Hazizul

0 comments: