Semalam lebih kurang pukul 3pm, Kin dikhabarkan satu berita...
Memandangkan kondisi Kin yang kurang sihat semalam, Kin tak terperanjat langsung dengan berita tersebut plus Kin pun terlalu rindukan Aries'sya...
Petang tu Kin sampai rumah dan terus zzzZZZZZ sampai pkul 9.30malam. Kebetulan petang tu MrHazizul ada perlawanan futsal di Ampang Sport Planet dan pulang jam 10malam.
Untuk pengetahuan u olls, ada satu blogger telah menggunakan pics berbentuk id dalam penulisannya dan memaparkan didalam blog beliau tanpa kebenaran Kin beserta penulisan berbentuk fitnah dan boleh menjatuhkan maruah seseorang...
Pada mulanya Kin rasakan yang benda nie tidak langsung menjejaskan reputasi Kin tapi apabila salah seorang teman mula menjelaskan apa yang patut Kin lakukan, akhirnya Kin mengambil keputusan untuk berbuat sesuatu.
Dalam kul 10.30malam, Kin menelefon adik ipar Kin, Natasha yang juga salah seorang peguam dan minta beliau memberi pandangan terhadap kes ini. Natasha menyuruh kin menelefon FIL kin.
Memandangkan FIL kin berpengaruh, Kin direferkan kepada peguam family mertua kin. Setelah mendapat khidmat nasihat beliau, Kin terus memberikan segala info dan rujukan blog tersebut dan beliau sudi menolong Kin dalam hal ini.
Nama pejabat peguam tersebut, ALAHAKONE & ASSOCIATES (Advocates & Solicitors).
Kin juga sudah merujuk kes ini ke Jabatan Undang-Undang dan Jabatan Sumber Manusia dan mereka amat berkerjasama.
Laporan polis akan Kin buat dalam masa terdekat ini......
Alhamdulillah, bila kita dilanda musibah, ramai yang sanggup menolong kita. Terima kasih bebanyak kat ko RIZZ coz sudi bagi Kin contact person di Bukit Aman dan Mr Vijay selaku penasihat undang-undang...
Ermmm... Bukanlah niat Kin nak memperbesarkan hal sebegini cuma, kekadang sesetengah manusia makin dibiarkan makin menjadi perangainya dan bebas menulis segala macam sehinggakan beliau sendiri lupa yang penulisannya berunsur fitnah....
ALLAH SWT tu maha kuasa, PASTI balasannya sampai cuma masa dan keadaan yang menentukannya....
Terima kasih bebanyak jugak pada Mommy Ros coz sudi menemani Kin dalam telefon coz dia tahu Kin rindukan Aries'sya semalam. dahlah MrHazizul takde main futsal.......
Terima kasih juga buat MrHazizul coz memberi isterinya perangsang dan kata semangat agar Kin.
Buat FIL kin, Ayah, terima kasih coz sudi membantu satu-satunya menantu perempuan ayah nie. Sory coz susahkan ayah... (FIL & MIL kin baca blog Kin hari-hari)..hehehehe!!! Malu i....
Ekceli Kin okay jer coz memang dah tahu perangai blogger nie, ibarat baling batu sembunyi tangan. Cuma kali nie, Kin tak mungkin akan bersabar kerana semakin hari beliau semakin lantang dengan penulisannya...
Pesanan buat beliau...
Maya, terima kasih banyak dan yang pasti kau tahu apa yang dah kau lakukan. Satu lagi, KAU bukan jenis serang orang kan, bagus!!!!
Tapi perlu di-ingatkan supaya lebih bijak dalam tindakan dan jangan sesekali melulu dalam penulisan kelak inilah padahnya....
Buat semua yang sudi tanya secara direct semalam, Kin hargai sangat... Sekurang-kurangnya Kin tak perlukan sebarang entry untuk mengukuhkan kepercayaan orang lain pada Kin...
Sebarang perkembangan mengenai kes ini TIDAK AKAN Kin ceritakan kerana Kin sudah berjanji dengan peguam tersebut untuk menyerahkan pada mereka bulat-bulat. lagipun Kin bukan jenis membuka pekung seseorang itu, cukuplah dengan tindakan kami sekeluarga...
p/s: Aries'sya pulang hari nie...
Tuesday, May 12, 2009
Kerana Diam...
Posted by mummysya at 5:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment