Entry nie khas buat Paksu dan Maksu Kin di JB
Semoga Paksu dan Maksu tabah menghadapi ujian dari ALLAH dan menerima segalanya dengan tenang.
Ujian dan dugaan yang datang pasti ada hikmah dan rahmat dari ALLAH SWT.
Petang tadi masa Kin tengah duk bersiap nak balik, mama call bagitahu yang anak Paksu kin dimasukkan ke hospital semula.
Menurut Paksu, Amirul menghidapi penyakit radang sendi. Nak berjalan dan berdiri pun amat susah.
Tiada apa yang Kin dan family boleh lakukan selain berdoa supaya Amirul cepat sembuh dan boleh aktif seperti dulu.
Amirul nie sepupu Kin. Anak lelaki sulung Paksu Kin yang berumur 13tahun, rasanya lah.... Kin nie cepat sikit hilang ingatan.
Amirul yang Kin kenal, sangat ramah dan pandai berborak dengan orang tua. Amirul nie celoteh jugak orangnya. Yang paling Kin ingat, dia sangat menghormati orang tua. Pandai jaga adik-adik. Tu yang Kin tahulah kan, lagipun Kin tak duduk dekat dengan diaorang coz mereka tinggal di JB.
Bila dapat tahu Amirul sakit, Kin terus teringat arwah adik lelaki Kin. Dulu kami pernah merasai apa yang Paksu Kin alami sekarang semasa menjaga arwah adik Kin sakit.
Ermmm...... Tetapi ALLAH SWT lebih sayangkan nya.......Kami terpaksa menerima kenyataan itu walaupun jauh disudut hati Kami ia terlalu seksa dan perit untuk ditelan.....
Apa-apapun buat Amirul, semoga Amirul cepat sembuh, sabar dan tabah menghadapi ujian ini ya. Insyallah Amirul pasti akan sihat nanti....
Kin juga berharap agar sesiapa yang boleh berkongsi pengalaman dengan Kin sekiranya u olls tahu serba sedikit atau punya pengalaman mengubati ahli keluarga atau sesiapa juga yang pernah menghidapi penyakit Radang Sendi.... Dan sama-sama berdoa semoga Amirul sihat dan dapat menjalani kehidupan remajanya seperti yang lain.
p/s: Terlalu muda unuk semua ini
Friday, May 22, 2009
Ujian Dari ALLAH SWT
Posted by mummysya at 5:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment