BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, November 28, 2008

Akhirnya....


Wook Rela Dimadu

Oleh nor aziah jaafar dari Utusan Malaysia


HULU TERENGGANU 27 Nov. - Warga emas berusia 106 tahun, Wook Kundur bersedia memberi 'lampu hijau' jika suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, mahu beristeri lagi.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.

Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.
''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.
''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.

Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.
Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.

''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.

''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.


p/s: positive thinking

Thursday, November 27, 2008

KAMI BAHAGIA....


KAMI BAHAGIA....




HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.
Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.
"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.


Artikel dipetik dari : Utusan
pics credit to: GilaPerfumes (sory nok ko takde blog kan, so takleh LINK yo)


p/s:gembira....

Wednesday, November 26, 2008

Dah Nak Balik.....


Aries'sya dah ketidoran.....


Haku pun letih.




Tapi sempat jugak singgah beli durian pancakes & kueh cino nie.... hehehehe!!!!





Dah akhirnya......


Penat daaaa....


p/s: bahagia kah???

CurryPuff





Ohhhh!!! currypuff nie memang sedapppp...Aries'sya sampai makan 2 ketul okeh!!!


Kebetulan, haku makan semuanya sedap-sedap hari tuh!!!!

oh ye, currypuff nie berintikan ayam sahaja, harganya RM1.80 seketul, buy 10 FREE 1.

Sodappppp.... Haku tapau utk org dirumah..... Kedai nie bersebelahan dengan Rak Thai di Lower Ground Floor sama seperti Paddington House Of Pancakes.... Tak susah cariks u olls...



p/s: kami kepengsanan

Paddington House Of Pancakes






MrHazizul - Pancakes with Bananas n icecream....



Mine, Classis Pancakes....




Our LATTE....





Makan lagiks....

Lepas kena POW, we olls turun balik ke Lower Ground Floor, perut sudah bunyik balik....

Tetiba nampak plak kedai nie....haruslah cuba kan....

Pancakes kat sini memang SEDAPPPPPP.....

Arghhh!!!! kenyang makan sampai ngantuk...Sereyes!!!!

Nanti belum lagiks, lepas nie we olls gie tapau Currypuff sedappp....nak tengok???



p/s: alahhhhhh

Toys R Us











Akhirnya kami di POW dengan jayanya oleh Aries'sya.....


Kenapalah Toys r Us nie ada kat Mid Valley.....



p/s: errrr!!!!

Dutch Lady World of Effective Learning

Abang Zoey




us!!!!






Dari Rak Thai, kami kesini.....


Kebetulan ada event org. by Dutch lady...

Macam-macam games ada, we olls layan jer lah...

Syok plak, esp dapat jumpa Abang Zoey , host popular Gerak Geri Gasing... Cute jer Abg Zoey nie, patut pun bebudak suka, mak budak pun suka tau.....

Dari sini, we olls terperangkap kat satu tempat...Adus!!! habis kena pow secara besar-besaran oleh Aries'sya....


p/s: Habis daaa...