BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, November 9, 2008

Saper tuuuu




Sedang asyik tuan puteri hamba melayan kartun, tetiba ada suara yang macam pernah singgah kat telinga haku.... "Room service"!!!! katanya....




Banyaklah ko punya room service!!!!


Ha!!! nielah yang datang menjenguk kami di wad hari tu.. kak Piah & Tipah... Thanks so muchhh, sempat jugak korang merempits menjengah kami sekeluarga....




kedatangan mereka tidaklah bertangan kosong, segala macam tit-bits yang dibawa untuk tuan puteri nie....


Tapi, yang haku amat sedih, dema berdua makan mee bandung tak ajak haku
... Huhuhu!!, tetiba masa baca blog haritu baru tau....

Kak Piah
& Tipah, haku merajuk tau.... sampai sekarang haku merajuk.... Sila ingat!!!! hehehehehe!!!!



Masa tu jugaklah Maksu Aries'sya datang. Masa tu Aries'sya buat muka, taknak bergambor mulanya, masa nie pun kena paksa tapi takmoh tgk camera...Hehehehe!!!

Thanks Kak Chik, dtg jengah Kak Long & Abang Long.



Maksu Aries'sya pun bawak tit-bits plus makanan utk kami berdua sekali....

Terima kasih banyak pada yang sudi bertanya khabar, call, sms, comments. Tanpa kata-kata semangat dari korang, mungkin haku tak mampu bertahan seperti sekarang.

Terima kasih juga buat Papa, Mama, Miss Elaine & Miss Jiejie, mereka nie semua tulang belakang haku. Tanpa mereka mungkin juga haku tak sekuat & tabah sebegini...

Sayang korang banyak sangattttttttttttt!!!!



p/s: jealous lah tu....

Jari Manis Ku


Jeng..jeng..Jeng.....




Eceh.... Mengelabah jer haku nie kan...


Oklah, haku nak update u olls pasal majlis akan datang.

Buat masa nie cincin merisik & bertunang telah siap dibeli...

Yang lain, nanti-nanti ya.... Hantaran masih belum berusik....Lagi lebih kurang sebulan. Sempat lagik nak relaks-relaks dulu...



p/s: menantu tidak hantu

Cerita Cerita Kak Porah


Entry nie adalah luahan hati seorang pompuan yang merasai keperitan kaumnya sendiri...


Sebenarnya akak kalo boleh pun taknak komen banyak-banyak...

Cuma yang buat akak TERSENTAP, DISENTAP dan MENYENTAP kerana benci malu & meluat dgn kaum hawa sendiri.... malu akak dikkkk!!!!

Kenapalah burok nar perangai ko hoi pompuan, apa! dah takde perasaan dan simpati langsung ke ko pada si ibu & isteri yang sanggup bersusah senang bersama suaminya.

Kengkonon ko senyap sebab terpaksa, terpaksa senyap atas nasihat sijantan durhaka taknak kuarkan apa-apa statement pasal kes nie.

Orang lain plak, yg duk baking tentulah tak lain dan tak bukan keluarga sendiri. Duk cakap redha dgn ketentuan ALLAH dan tak pernah malu dgn perbuatan ko tu. Kalo malu pun takkan mak pak ko nak tulis dalam newsletter kan.


Apa takde simpati nengok anak-anak si isteri tu ke, disaat dan masa mereka perlukan perhatian sepenuhnya dari ibu & bapa mereka.


Benar, kalo jodoh tak kemana, tapi tengok tempatlah dik oiii... Dah suntuk benar ke ko nie sampai sanggup buat macam nie. Atau tak cukup popular ke nak tumpang populariti orang lain.


Takkan takde sekelumit simpati langsung tengok si isteri ke hulu kehilir mencari jalan penyelesaian demi keluarganya.
Bahagiakah ko kalo mereke bercerai dan satu lagi, tak mungkin ko akan terlepas dari situasi sebegini jika si isteri yg cun tu pun sanggup dikhianati....

Siapalah haku utk bercakap soal korang kan, tapi yg pasti haku juga ibu & isteri punya rasa sedih dan kecewa jika diperlakukan sebegini dek tindakan membab* buta sang suami...

Buat Kak Porah,
Bukanlah saya sokong penceraian awak, tapi nielah jalan terbaik.

Tak salah dan takde HINA nya status JANDA nie *kata nie dipetik dari artikel Kak Piah*
Haku percaya, takde wanita dalam dunia nie tergila-gilakan title tu....Mintak-mintak dijauhkan dari iblis dan syaitonnnnn...

Cuma kita kena tengok dari segi positif ya anak-anak, tapi kalo ko yang curang ke hulu kehilir duk kendong jantan ke, tu mmg patut title JANDA tu menjadi pandangan negatif....
Wallahualam....

entah, bak kata mama "apa pun yg kita buat dalam dunia nie, ALLAH SWT akan bayar cash, tak kira baik atau jahat. ko fikirlah sendiri"


Yang pasti
kita berserah, agar satu hari nanti kejahatan akan dipamirkan & kebaikkan akan dibalas dgn ketabahan dan kemenangan...


p/s: satu hari pasti....

Saturday, November 8, 2008

Kau Yang Paksa


Kami dah bersabar, tapi kami pun punya tahap kesabaran. Teringat
n3 Kak Red pasal nie, kami dah fikir sebaik mungkin, kumpul bukti, selidik & siasat dari setiap sudut & info dari mereka yang pakar dalam bidang-bidang nie, akhirnya kami ke sini......

Pernahkah kami cakap kosong selama nie, kami bukan jenis macam kamu yang hanya tahu mencaci membabi buta, kami cakap kami lakukan. Nielah jalan terbaik bagi "ANJING" seperti kamu.

Terima kasih buat yang banyak membantu, MR. IT, kami terhutang budi pada kamu.


Bermula di Balai Polis IPD Taman Maluri...





Membawa kami ke Balai Polis Dang Wangi..



Part terakhir bersama Inspektor Malina dari Balai Polis HS Lee....


Lepas nie biarlah pihak berkuasa yang tentukan.

Kami cuci tangan dan hanya menunggu.

Selesai.....


p/s: Kampung pandan ke?

Tunder Cat

Cakkk!!!!


see...see... panjang kan lukanya....


Mulanya haku takut jugak nak tengok, tapi sampai bila plak haku taknak tengok muka anak haku kan.. Nanti-nanti pun kena tengok jugak...

Apa yang haku merepek nie!!!... Korang tengoklah, harap-harap lukanya cepat baik...

Hermmm!!! ada beberapa umat yang selepas mendengar cerita haku mengenai Aries'sya bukannya nak tanya samada Aries'sya ok tak lepas tu, apa yg dema semua duk cakap....

"Habislah anak dara ko bertanda, kat muka plak tu" ....

Pada haku semua tu tak penting, yang penting Aries'sya selamat... Tanda??? nak dibandingkan dengan nyawa...... Mana penting???

Kalo dah ditakdirkan dahi Aries'sya bertanda lepas nie, haku terima... Asal dia ada depan mata haku, tu yang penting.....


p/s: nyawa.....

Friday, November 7, 2008

Penakut


Pagi Sabtu, Aries'sya ada follow-up coz doctor nak buka balutan kat dahi tu..


Basically, doctor cuma jahit tisu dalam sahaja, kulit luar dahi cuma di- glue kan... *lekat jer, tanpa perlu dijahit*

Biasalah, bila MrHazizul ada, penakut haku mulalah sampai...hehehehe!! Masa nie bila Aries'sya nangis pun haku buat dunno jer... Kalo ikutkan haku, mmg jenis yg penakut punya orangnya, kalo sesiapa masuk hospital, takkan ada punya haku melawat, punyalah takut sampai boleh semput...

Tapi kejadian hari tu, buat haku jadi berani, seperti "Pak Guard Berani", langsung tak pedulik nengok darah mencurah-curah...

Haku pun pelik bila fikir balik..... lebih-lebih lagi bila mama cakap "Sya, ko kena berani, nie anak kau..Kalo ko nangis & takut lagi dia sedih".....



Aries'sya masih lagi tido masa sampai klinik....



Doctor nie mmg lembut, sangat soft spoken....

Sampai haku pun tak dengar pun langsung apa yang dia cakap...Tapi, haku sangat suka coz senang deal dengan Doctor nie....

Alhamdulillah, luka Aries'sya makin kering, doctor suruh datang lagi 2 minggu... Doctor nak check balik dan nak buat treatment nak remove the scars...

Nak tengok luka Aries'sya..... Jap ya......

Internet lembap gilos....Benciks!!!!


p/s: habis da....

Wednesday, November 5, 2008

Kejadian Itu




Baju aries'sya yang penuh dgn darah


ok, masa hari kejadian. Haku dari Low Yatt terus jumpa mama & Miss Elaine kat Alinas Jalan TAR.

Since dalam kete banyak betul barang, MrHazizul cuma drop kami dua beranak jer, katanya lepas turun semua barang dirumah dia kan dtg ambil kami.

kebetulan jugak masa tu Aries'sya dah mula merengek nak tido, katanya nak ikut MrHazizul. Cuma haku tak sedap hati nak biarkan Aries'sya dgn MrHazizul takut dia buat hal dalam kete nanti.

So haku terus capai Aries'sya, gigih jugak nak bawak dia ikut haku bersama Mama & Miss Elaine.

Dari Alinas, kami ke Semua House. Ke tingkat 2 coz Miss Elaine nak fitting baju. Sambil tu haku pun duk usha baju utk High Tea Puspanita nanti.

Masa lepas sarung baju yg haku pilih, haku terus panggil mama nak suruh tgk samada ok tak. Then haku nak masuk balik coz nak tukar baju tu semula, tetiba haku terdengar mama cakap "Sya, anak nie nak ikut kau masuk fitting room". Then haku berpusing sambil memandang ke arah Aires'sya yg sedang berjalan ke arah haku. Selang setapak dua dari haku, tetiba fitting room sebelah haku membuka pintu ke arah aries'sya dan Aries'sya tersembam di bucu pintu tersebut.

Masa tu haku terus capai Arie'sya dan darah terpercik kemuka, masa tu haku lihat dahi aries'sya terbelah sedalam-dalamnya...

Ya Allah, darah mencurah-curah tak henti-henti. haku kaku seketika, masa tu Miss Elaine terus mencapai Aries'sya dan terus berlari ke arah escalator utk mendapatkan bantuan. Salah seorang security telah memberitahu bahawa ada clinic disebelah. Sewaktu Miss Elaine mendukung Aries'sya, tiba-tiba Miss Elaine pengsan di hadapan pintu Semua House, masa tu dia pitam melihat darah Aries'sya yang tidak henti-henti mencurah dan memasuki mata.

Aries'sya di capai pula oleh security dan haku turut sama berlari ke bangunan sebelah, malangnya clinic tersebut telah tutup. Masa tu haku terus capai Aries'sya dari Security tersebut dan haku terlihat dua orang lelaki melayu sedang menuju ke-arah keretanya. haku meminta bantuan untuk dihantar ke clinic, malangnya jawapan beliau "Saya tak tahu hospital kat mana".

Tanpa membalas apa-apa haku nekad berlari ke arah kete-kete tanpa memakai kasut dan menahan satu kete kepunyaan seorangg lelaki Pakistan. belum sempat haku minta hantarkan ke hospital, dia terus suruh haku naik. Alhamdulillah, masa tu mama & Miss Ealine sempat mengikut haku bersama.

Sepanjang perjalanan, haku ditenteramkan oleh lelaki tersebut agar terus berdoa dan berkata "Insyallah, baby u akan ok, u jangan nangis, juz doa utk dia".

Setibanya haku didepan Sogo, jalan agak jammed, haku sekali lagi terpaksa keluar dari kete dan mengarahkan agar semua kete memberi kami laluan. Masa tu hanya satu difikiran haku, semoga haku sempat sampai di hospital.

Setibanya kami dihospital, haku terus berlari ke emergency utk mendapatkan bantuan. Miss Elaine seboleh-boleh taknak Aries'sya tido, kami memaksa Aries'sya membuka mata dan jangan lelap.

Aries'sya terus dicapai oleh nurse yang bertugas di emergency unit dan haku terus terpaku melihat muka Aries'sya dengan harapan agar tiada apa akan terjadi padanya. Masa tu orang pertama yang haku call adalah Kak Piah, haku menangis mengadu kepadanya. Haku takut dan kisah arwah zulaika masih bermain-main difikiran ku. Ya Allah, kuatkan lah hamba mu ini...

Menurut doctor bertugas, Pakar Surgery akan tiba dalam masa setengah jam dari sekarang, dahi Aries'sya hanya akan dibalut sementara menunggu doctor. Selang beberapa minit Mrhazizul pun sampai dan mendukung Aries'sya yang tak henti-henti menangis...

Masa tu haku kaki haku bagaikan tak jejak kebumi, macam-macam bermain difikiran haku. Kemudian haku diarahkan agar mendaftar sementara menunggu Doctor pakar tiba. Setelah urusan selesai, kami semua menunggu dibilik. Lebih kurang kul 7.30pm doctor memberitahu yang Aries'sya akan dihantar kebilik bedah (OT) dalam pukul 8pm. Aries'sya terpaksa dirawat untuk memastikan tiada kecederaan lain dibahagian kepala.

Salah seorang dari kami dibenarkan untuk mengikut sama ke bilik bedah, ternyata haku tidak kuat untuk itu. Mrhazizul akan menemani Aries'sya dan haku meminta keizinan doctor utk menghantar ke bilik OT.

Hati ku sayu melihat Aries'ya menangis memanggil-manggil "Mummy, kakak nak mummy"... Maafkan mummy sayang, mummy tak sanggup melihat Aries'sya sakit nak. Masa tu haku sanggup jadi galang ganti untuk Aries'sya untuk merasa kesakitan itu, bukannya melihat dia kesakitan....berdosakah haku???

Haku terus menunggu di kaunter perubatan, menunggu panggilan dari bilik OT mengatakan Aries'sya telah selesai. Lebih kurang 2jam, panggilan dari bilik OT mengatakan, Aries'sya boleh dibawa turun ke bilik.

Areies'sya diberi full bius utk merawat tisu dahinya yang terkoyak. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Haku betul-betul merasakan ibarat mati hidup semula. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata, di depan mata haku sendiri, begitu pantas sekali. Tidak mungkin haku akan melupakannya....

Alhamdulillah, Aries'sya kini beransur pulih dan balutan tersebut akan dibuka sabtu ini..

Terima kasih buat semua yang mendoakan, ternyata dugaan ini benar-benar menguji kesabaran dan keimanan haku....



p/s: Galang ganti