ok, masa hari kejadian. Haku dari Low Yatt terus jumpa mama & Miss Elaine kat Alinas Jalan TAR.
Since dalam kete banyak betul barang, MrHazizul cuma drop kami dua beranak jer, katanya lepas turun semua barang dirumah dia kan dtg ambil kami.
kebetulan jugak masa tu Aries'sya dah mula merengek nak tido, katanya nak ikut MrHazizul. Cuma haku tak sedap hati nak biarkan Aries'sya dgn MrHazizul takut dia buat hal dalam kete nanti.
So haku terus capai Aries'sya, gigih jugak nak bawak dia ikut haku bersama Mama & Miss Elaine.
Dari Alinas, kami ke Semua House. Ke tingkat 2 coz Miss Elaine nak fitting baju. Sambil tu haku pun duk usha baju utk High Tea Puspanita nanti.
Masa lepas sarung baju yg haku pilih, haku terus panggil mama nak suruh tgk samada ok tak. Then haku nak masuk balik coz nak tukar baju tu semula, tetiba haku terdengar mama cakap "Sya, anak nie nak ikut kau masuk fitting room". Then haku berpusing sambil memandang ke arah Aires'sya yg sedang berjalan ke arah haku. Selang setapak dua dari haku, tetiba fitting room sebelah haku membuka pintu ke arah aries'sya dan Aries'sya tersembam di bucu pintu tersebut.
Masa tu haku terus capai Arie'sya dan darah terpercik kemuka, masa tu haku lihat dahi aries'sya terbelah sedalam-dalamnya...
Ya Allah, darah mencurah-curah tak henti-henti. haku kaku seketika, masa tu Miss Elaine terus mencapai Aries'sya dan terus berlari ke arah escalator utk mendapatkan bantuan. Salah seorang security telah memberitahu bahawa ada clinic disebelah. Sewaktu Miss Elaine mendukung Aries'sya, tiba-tiba Miss Elaine pengsan di hadapan pintu Semua House, masa tu dia pitam melihat darah Aries'sya yang tidak henti-henti mencurah dan memasuki mata.
Aries'sya di capai pula oleh security dan haku turut sama berlari ke bangunan sebelah, malangnya clinic tersebut telah tutup. Masa tu haku terus capai Aries'sya dari Security tersebut dan haku terlihat dua orang lelaki melayu sedang menuju ke-arah keretanya. haku meminta bantuan untuk dihantar ke clinic, malangnya jawapan beliau "Saya tak tahu hospital kat mana".
Tanpa membalas apa-apa haku nekad berlari ke arah kete-kete tanpa memakai kasut dan menahan satu kete kepunyaan seorangg lelaki Pakistan. belum sempat haku minta hantarkan ke hospital, dia terus suruh haku naik. Alhamdulillah, masa tu mama & Miss Ealine sempat mengikut haku bersama.
Sepanjang perjalanan, haku ditenteramkan oleh lelaki tersebut agar terus berdoa dan berkata "Insyallah, baby u akan ok, u jangan nangis, juz doa utk dia".
Setibanya haku didepan Sogo, jalan agak jammed, haku sekali lagi terpaksa keluar dari kete dan mengarahkan agar semua kete memberi kami laluan. Masa tu hanya satu difikiran haku, semoga haku sempat sampai di hospital.
Setibanya kami dihospital, haku terus berlari ke emergency utk mendapatkan bantuan. Miss Elaine seboleh-boleh taknak Aries'sya tido, kami memaksa Aries'sya membuka mata dan jangan lelap.
Aries'sya terus dicapai oleh nurse yang bertugas di emergency unit dan haku terus terpaku melihat muka Aries'sya dengan harapan agar tiada apa akan terjadi padanya. Masa tu orang pertama yang haku call adalah Kak Piah, haku menangis mengadu kepadanya. Haku takut dan kisah arwah zulaika masih bermain-main difikiran ku. Ya Allah, kuatkan lah hamba mu ini...
Menurut doctor bertugas, Pakar Surgery akan tiba dalam masa setengah jam dari sekarang, dahi Aries'sya hanya akan dibalut sementara menunggu doctor. Selang beberapa minit Mrhazizul pun sampai dan mendukung Aries'sya yang tak henti-henti menangis...
Masa tu haku kaki haku bagaikan tak jejak kebumi, macam-macam bermain difikiran haku. Kemudian haku diarahkan agar mendaftar sementara menunggu Doctor pakar tiba. Setelah urusan selesai, kami semua menunggu dibilik. Lebih kurang kul 7.30pm doctor memberitahu yang Aries'sya akan dihantar kebilik bedah (OT) dalam pukul 8pm. Aries'sya terpaksa dirawat untuk memastikan tiada kecederaan lain dibahagian kepala.
Salah seorang dari kami dibenarkan untuk mengikut sama ke bilik bedah, ternyata haku tidak kuat untuk itu. Mrhazizul akan menemani Aries'sya dan haku meminta keizinan doctor utk menghantar ke bilik OT.
Hati ku sayu melihat Aries'ya menangis memanggil-manggil "Mummy, kakak nak mummy"... Maafkan mummy sayang, mummy tak sanggup melihat Aries'sya sakit nak. Masa tu haku sanggup jadi galang ganti untuk Aries'sya untuk merasa kesakitan itu, bukannya melihat dia kesakitan....berdosakah haku???
Haku terus menunggu di kaunter perubatan, menunggu panggilan dari bilik OT mengatakan Aries'sya telah selesai. Lebih kurang 2jam, panggilan dari bilik OT mengatakan, Aries'sya boleh dibawa turun ke bilik.
Areies'sya diberi full bius utk merawat tisu dahinya yang terkoyak. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Haku betul-betul merasakan ibarat mati hidup semula. Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata, di depan mata haku sendiri, begitu pantas sekali. Tidak mungkin haku akan melupakannya....
Alhamdulillah, Aries'sya kini beransur pulih dan balutan tersebut akan dibuka sabtu ini..
Terima kasih buat semua yang mendoakan, ternyata dugaan ini benar-benar menguji kesabaran dan keimanan haku....
p/s: Galang ganti
0 comments:
Post a Comment