BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan




Selamat menyambut Ramadhan....

Selamat Berpuasa ya dari Mummysya & keluarga...

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.


p/s: pics credit to Kak iena & Checklist to UTHM

Saturday, August 30, 2008

Merdeka

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Yang Ke 51 Dari Mummysya......

Sudahkah anda merdeka?????



Merdeka..Merdeka..Merdekaaaaaaaaaaaaaa!!!!


p/s: beshnya..

Friday, August 29, 2008

Tidor


Ya..ya..Gara-gara tertidor, haku kelamkabut packing baju...Sedar-sedar dah kul 6.30pm beb.... Lintang pukang carik baju, panties, seluar bagai....


Toiletries semua dah haku kumpul, selebihnya tggu MrHazizul pulang....


Ha!!! Tu semua bag kami 3 beranak ok... Macam nak balik sebulan, yg benornya haku takkan membasuh baju-baju kotor nanti...Balik KL terus hantar dobi, mudah kan.....Sila ikut cara saya.... buek!!!!

Ya, malam nie haku akan berangkat pulang ke kampung nenek ku.... Sampai Isnin dan akan pulang balik ke KL hari isnin selepas berbuka puasa, Insyallah....

rasanya kat sana takde tenet, takde wi-fi.....Huhuhuhu!!! bisa kah hidup ku nanti....

Kampung den kat Kuala Pilah Negeri Sembilan, tu my dad punya tempat ok. So sesiapa org Seremban atau Pilah nak jumpo sey, sila calling-calling ya... Sila terjah web ini utk mendapatkan no saya....syazul

p/s: sejuknya

Budget 2009




Balik-balik terus on TV, nak nengok Budget 2009... Katanya kul 3pm, tggu punya tggu kul 4pm baru start..

Tetiba ternampak bos haku, Kak Piah & Tipah korang nampak tak big bos kita tu, ermmm mukanya berser-seri ada harapan nak dapat bonus 4 atau 5 bulan tahun nie...Hehehehehe!!!

Ermm... Budget kali nie banyak menekanan kepada rakyat-rakyat yang kurang mampu, OKU, nelayan, perladang, penternak, ibu tunggal.... Alhamdulillah, bagi haku no big different ok...

Rokok sebatang naik 3sen kepada 18sen, ha tu yang haku dengar.....Apalagi jgnlah beli sebatang, beli carton save sikit ya....

Ha!!! berita baik bagi kerajaan, dapat bonus sebulan.....Alhamdullilah,rezeki anak-anak....


p/s: bonus kita plak berapa ya, dulu 3,4,5,6

Ceritera





Minah nie ikut atuknya ambil haku coz MrHazizul masih bekerja till 6pm. Dia dah pandai snap pictures tau..... Bijak -bijak....

Masa nie tetiba dia main torch light daddynya sampai mentol tu pecah, berdarah jari nya.... Tak sempat nak snap pics dia menangis...

Apalagi, meraung sampai rumah....Aries'sya, Aries'sya...

Dalam nangis pun siap cakap, "kakak nak balik kampung tangkap ayam mummy".hehehe!!


p/s: nak tengok budget

29 August 2008


Hari nie haku habis keje kul 2.30pm... Wow!!! sangat besh & yang tak beshnya belum packing baju....


Cadangnya nak balik tidor dulu, agaknya dapat tak ya......


Tak sabar nak balik kul 2.30pm...hehehehehe!!!



My officemates duk citer pasal DSAI.... Ermmmm.... Ur guys got ur own perception ya.....



Si Zulia nie kalo nak bergambor nak touch up dulu, takde maknanya yang, haku kalo dah on camera tak takkan tggu lama punya....



Memasing perut dah kenyang, makanan hari nie di sponsor coz ada training's meeting from branch. Macam-macam ada, ada roti jala, kari, satay, spaghetti, buah-buahan dan lain-lain....

lepas makan around 2.45pm haku pun cabut...... balik rumah daaaa....


p/s: panas plak

Gediks







Gediks ok minah nie...Dia tunggu daddy nya lama pi mengurut sampai tertido.... Bila dia bangun, daddy nya masih belum balik lagi...

Marah kat mummy plak......Hehehehe!!!

Daddy dia sampai terus cakap "daddy, kakak tak boleh jalan".... Apahal plak tak boleh jalan..... Rupanya nak daddy dia dukung daaa....


p/s: siap ko nanti

Thursday, August 28, 2008

Blogger



Sedang mencari isu-isu hangat, nak dibentangkan dalam blog katanya.....

Sila sokong saya ye.....Nur'iel Hannie Aries'sya


p/s: otw blog nya

Blogger Baru



nantikan kemunculan & pelancaran blogger yang bakal menjadi terkenal nanti.....hehehehe!!!

tak percaya lah tu!!!!!


p/: ok lah

Kek Lapis Sarawak


U olls,

Haku teringin nak makan Kek Lapis Sarawak, ada sesiapa tahu kat mana boleh tempah atau beli selain dari niki belon ke Sarawak.

Haku mau sangat makan, kalo boleh sekarang jugak...

Kalo sesiap tahu, sila tinggalkan comments ya...


p/s: cepat ya

Gagal


Sampai jer rumah, tukar baju , tutup lampu terus baring... Wah!!! sangatlah best, dah lah cuaca agak suam-suam kuku, siap selubung lagi.. Tetiba ada orang ketuk pintu, siap cakap,

" Assalammualaikum, mummy nak masuk".....


Huaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Harapan untuk tidor agak tipis setelah mendengar suara itew. dah ku agak dah, bukan senang nie nak tido awal...





Ha!!! nampak tu, sikenit terkinja-kinja... Dia ajak main lompat-lompat.....Kalo mummy lompat macam kakak, ada tersangkut kat kipas syiling tu nanti..Hehehehe!!!

Nak marah, sian plak coz bukan selalu dapat jumpa mummy waktu siang, asyik malam jer, nak ajak main pun mummy dah penat.... So haku layan jugak...



Cancel!!!! Mmg tak boleh tido, masa nie macam nak call MrHazizul nak suruh balik cepat....

Siap suruh bacakan buku cerita untuk dia..... Takpelah, haku ikutkan kejap, tak lama tu dia nampak muka mummy nya yg bosan terus dia keluar cari Miss jiejie....

Jam masa tu kul 5pm, ada chance lagi nie kalo nak tido.... tetiba zzzzzzZZZZZ..

Bangun-bangun jam kul 7pm, Mrhazizul dah tercongkok depan tv bilik, sikit pun tak say Hello!!!! menyampah!!!!!


p/s: esok nak balik kampung....

Hari Khamis



Kan dah 3 hari haku duk melanguk kat office dari kul 6.30am hingga 8pm.... So hari nie, haku tetap nak balik awal....Tak pedulik...


Cuaca agak baik, tapi haku angkut payung sekali, mana tahu dia dtg menderum.... Sojok lagi kang... So haku pun tunggulah teksi tepi bank nie, 3 teksi yg haku tahan semuanya taknak...

Mula lah haku nak nanges nie....




So, nak taknak haku jalan kaki perlahan-lahan, dah lah haku pakai heel.... dari BNM ke DBKL, takde jugak teksi nak berhenti.... Agaknya dema semua nie dah kaya kot, buat bodoh jer masa haku tahan...

Jadi haku jalan jugak, cadangnya nak ambil teksi depan Masjid Jamek... Jauh okeh haku jalan....


Sampai plak depan Masjid Jamek nie, adalah 4 teksi duk parking depan tu...Hampeh takde satu pun nak ke Cheras....

Memanglah ko teksi, ingat haku suka sangat naik teksi ke, kang haku jalan kaki sampai rumah baru padan muka haku!!!!



So haku pun ambil short cut, terus ambil LRT naik sampai Chan Sow LIn...

Hahahaha!! 5 mints jer dah sampai, lagipun murah baru RM1.70 jer...Kalo teksi naik jer dah RM2, sampai rumah mama kurang-kurang kena RM8, makan masa plak tu......Lalalalalala!!!

Kalo naik teksi, mesti jammed giler depan Puduraya & Majestic.... haku kan tak kawan dengan jammed nie....


Alhamdullilah, selamat sampai Ke Station Chan Sow Lin. Terus call Paklong Aries'sya, suruh ambil..... Suka-suka....Boleh tido nie....

Sambung daaaaaaaaaaaa......



p/s: lebaq nya..

Siapa Menang





Sebenornya, Kak Piah yang paksa haku buat benda nie.... Yelah, dia kan mmg suka paksa2 nie...*amik ko*

Kenal ke korang dengan Kak Piah, adalah yang pompuan yang montotnya dah KECIK tu...Hahahahahaha!!!!!

Dia yang paksa, mulanya haku taknakkkkkkkkk...Paksa jugak.... Ha!! nah amik ko!!! tapi haku suka lah coz result nya amat menyakinan....

Thank you Kak Piah, sekurang-kurangnya haku dah tak tuduh ko paksa haku lagi, malah haku bertambah suka kat ko!!!! *matilah kena kutuk esok nie*

Berdebar2 ok, masa meter tu berjalan......Takut jugak sekali meter tu kong plak, macam meter Kak Piah tu!!!

Anw, mesti MrHazizul makan hati bila nengok nanti....


p/s: Elok lah....

Wednesday, August 27, 2008

Kehujanan Cinta




Masa nie dah pukul 6pm... Hujan, lebat gilos..... haku plak dah tiga hari berturut-turut tercongkok kat office sampai kul 8pm coz nak menghabiskan report....

Pendek kata, waktu haku kat office lagi lama dari waktu haku bersama Aries'sya...sanggat mengecewakan okeh!!!


Tepat kul 7.45pm, MrHazizul pun sampi, masa tu hujan masih lebat, tapi digagahkan jua ke bank kerana isterinya sudah bermuka ketat menunggu....

Tulah sebabnya tajuk entry kali nie Kehujanan cinta, maknanya sanggup berhujan demi org tercinta....Hahahahahaha!!!! Dan lagi sorang yang tercinta sedang menanti dirumah....

Ramai betul yg duk bertanya kenapa haku naik motor musim hujan-hujan nie.... Antara sebabnya ialah, haku tak mampu nak menempuh jammed yang teruk waktu hujan2 nie, lagi pun KL nie selalu sangat banjir, esp tepi bank tempat haku keje nie, air kalo naik jalan pun tutup sampai air surut, makan masa plak tu....

So kalo haku naik motor, walaupun basah balik rumah boleh terus mandi terus, so insyallah chances untuk demam sgt rendah... *ye ke* Lagipun cepat sampai rumah u olls, tak ambil masa yg lama pun, less than half an hour...

Balik awak nanti boleh main dengan Aries'sya, boleh update blog, boleh nengok tv..... Pendek kata macam-macam boleh buat ya....


p/s: demi isteri & anak katanya

Businesswomen


U olls ingat tak lagi entry nie, haku berjumpa buat pertama kalinya dengan Kak Iena... Kak iena nie sorang blogger merangkap surirumah merangkap businesswomen jugak tau....


Sekarang nie, kak iena ada satu blog khas selain blognya sendiri, surirumahjiwang untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya....

U olls click sini mamamia collection untuk mengetahui pelbagai barangan jualan yang Kak iena promosikan....

Sebahagian dari barangan beliau di import khas dari Labuan tau coz cik abangnya berkerja disana... So sambil melawat suami tercinta sambil shopping stok jualan lah....

Anw, u olls jangan lupa click link tu tau, macam-macam ada seperti tudung, brooch, produk kecantikkan wanita dan sebagainya....


p/s: sabar seorang wanita

Undi....



Ya...Ya, haku tahu undi dah habis.....

Tapi u olls sila undi untuk gadis bunga yang kecil molek ini ya......


Chomel betul Nisa nie bila gelak taw!!!!.....


Sila click di sini

atau kalo nak lebih senang lenang lagi, click jer kat sini.... tak susah dengan senang...

Jangan lupa, kang bukan VP merajuk, haku plak yg merajuk nanti....Hehehehe!!!

Selamat mengundi u olls..


p/s: Aries'sya kalo masuk, undi kacau....Hehehehe!!!

Macam Macam kaki



kesian Aries'sya dapat pak long kaki tidor, kaki game & kaki sms dan berkaki dua...Kenapa, tak percaya plak? tengok tu dia ada dua kaki...

Sian Aries'sya...sungguh malang nasibnya...Hehehehe!!!


p/s: marah lah tu

Tuesday, August 26, 2008

Part Time


Dari Masjid Indah, we olls ke Carefour cheras...Miss Jiejie nak beli barang coz nak buat Kari Ayam....

Sampai sini terjebak dgn memacam pembelian, DVD lah, buku lah, tu lah nie lah....



Ha!!! tetiba terjumpa Aries'sya tengah buat part time susun bakul utk customer.... Tapi dari pandangan mata kasar haku, macam dia tengah sepahkan semua bakul kat situ....

Hahahaha!!! Habis dia angkut semua bakul yang bersusun kat tepi kaunter cashier, pergi susun plak depan kaunter....

Semua org duk tengok dia main sambil mengomel...mulut dia tak henti-henti cakap....


Siap cakap "Kakak nak buat keje nie mummy"... Ha!!! Habislah, nak kena dengan haku budak nie....



Tetiba, ada sorang security offcer tolong Aries'sya susun semua bakul ketepi...hahaha!! Security tu siap cakap dengan lemah lembut "adik jangan main bakul ya".....

Aries'sya terperanjat tengok security tu terus lompat kat Miss Elaine.... Nangis terus daaa....!!! hehehehe!!! tu cakap elok-elok, kalo lah marah, agaknya ..........!!!!


p/s: jangan menipu lagi.....

Masjid India


This week even buat boleh balik awal, seawal 3pm, ttp haku tetap pulang kul 7pm dari office... Keje banyak daaa... Lagipun, kalo betul ada khabar angin tu, haku lagi bertambah sibuk...

So, lepas MrHazizul fetch haku, kitaorg terus balik rumah ambil kete zass ke Masjid India lepas maghrib....


MrHazizul tu tengah ngantuk!.... Tak ada punya haku nak drive sendiri ke Masjid India sorang-sorang....Maunya haku tension, dengan jammed lagi....errrrr!!!

Ekceli, mama, Aries'sya & adik-adik haku ada kat sini. Nak ambil diaorg balik coz dema semua pegi beli tudung & apa entah...

Lagipun barang-barang tu semua untuk nenek haku, kami nak balik kampung jumaat nie, pak sedara, mak sedara, sepupu, sepapat semua pakat nak jumpa kat kampung weekend nie...


Masjid India nie, nak raya ke atau tak raya pun orang mmg ramai....

Banner jualan murah hari raya pun dah ada.....Siot betul, puasa pun tak lagi, anak bulan pun tak nampak...sesuka hati buat jualan murah hari raya....


Tak lama lagi meriah lah kat sini, berniaga sampai ke pagi.... Masa tulah nak tukar segala benda...

Kalo boleh nak baru kan...kan...kan..... Langsir baru, sarung kusyen baru, bunga baru, boyfren baru.....Opps!!! hahahaha!!!

p/s: rezeki bulan ramadhan

Ayat Ayat Cinta




Ayat Ayat Cinta is a beautifully portrayed Islamic love story – a tale of a virtuous Muslim protagonist who overcomes all obstacles of life maintaining pure ideals.

Fahri bin Abdillah is a poor, intelligent student who wins a scholarship to complete his graduate degree at Egypt's esteemed Al Azhar University. Very disciplined and dedicated by nature, Fahri embraces his life in Cairo, completing his studies and translation of religious books with full enthusiasm, exactly according to pre-determined targets.

Only one goal is left unattempted: the pursuit of marriage.

For Fahri is innocent and pure, and doesn't believe in the concept of relationships prior to marriage. He is inarticulate and shy around women. All his life, only two women have been close to him – his mother and grandmother.

Life changes drastically in Egypt for he suddenly finds himself surrounded by four beautiful, distinctly different women.

Maria Girgis, a shy, open-minded Coptic-Christian neighbor who is attracted to the teachings of the Holy Al Quran, finds herself falling in love with Fahri (a fact she only reveals to her diary).

Nurul, a student at Al Azhar like Fahri, is the Muslim daughter of a renowned Indonesian cleric. Fahri feels unworthy of her and thus ignores his feelings for her, leaving her confused and guessing.

Noura, an abused Egyptian neighbor, develops strong romantic feelings for Fahri, who in turn simply sympathizes with her situation. His romantic rejection destroys her and eventually leads to a false accusation of rape.

Aisha, a German Turkish student in Cairo haunts Fahri with her beautiful eyes. Following an incident on the metro where Fahri defends her against narrow minded bigoted Muslims, both immediately develop feelings for each other.

As the story unravels, the protagonist makes the audience face the daunting decisions he himself faces, and forces us to marvel at his undying loyalty to the true ideals of Islam as he ultimately makes the choice of a lifetime.

***********************

Cerita nie mmg sedih..... Haku tak boleh nak citer panjang-panjang, tapi apa yg haku boleh cakap, korang tengok je lah citer nie....

Mmg besh.....Link -------> Ayat Ayat Cinta....


p/s: bukan kerana cinta, tapi kerana memilikinya......

Monday, August 25, 2008

Kecik Kecik



Errr.... saper & mana ya......


Note: Wanie, dah sampai AS ke?



p/s: hadiah lagik......

Dolu-Dolu



Pics of the week....................

Siapa tu eks???????


p/s: ada hadiah tau

Hujan Cinta...



Senyuman MrHazizul, senyuman yang penuh dengan keikhlasan walaupun basah kuyup...


Ewah!!!! Tajuk tak boleh blah kannnn.... Sebenarnya kami kesejukkan dek basah masa merempits balik keje....

Haku yang nak balik jugak coz dah pukul 7.00pm, makin tunggu makin lebat plak nanti...... Nasib baik Kak Piah bagi pinjam helmet rempit's nya.....

Berdesup kami laki bini balik, rempuh jugak hujan lebat dek rindukan Aries'sya.....



Nampak tu, bukan main lebat lagi....


Sampai jer sikenit tu dah ada depan dengan pintu dengan tuala.......Tunggu eks!!!


p/s: Dah takde lagi...

Hadiah lagi....


Nielah hadiah dari Cik Wanie, rentetan dari kisah nie.....


Banyak benar yang diberinya, Thank you so muchhhhhhhhhhh dear....


Nie untuk Aries'sya......



Nie utk Mr&MrsHazizul untuk anniversary kami yang ke-3.....



Buah tangan dari pekan rabu ke pasar rabu....lupalah plaks!!!!





Mengikut perancangan, Cik Wanie sekarang dalam perjalanan balik ke Alor Star bersama mamanya. Semoga selamat sampai ya...

Besh ke berfoya-foya di Sunway Lagoon..hehehe!!! Jgn lambat buat entry tau.....

Lain kali kalo datang KL roger akak lagi ya.....

Love...............


p/s: sedia...