Ekceli, semalam haku betul-betul lapar, sampai tak tahu nak makan apa...
Then haku pun call mama, tanya samada dia dah masak ke, ekceli mmg haku akan call mama setiap tengahari tanya dia buat apa, masak apa, aries'sya buat apa...kiranya nie soalan wajib hari-harilah...
Tapi haritu, mama macam tahu jer haku lapar, lepas haku tanya dia masak apa terus dia cakap: "nak mama hantarkan asya lauk ke"...
Aduh!!! tersentuh haku japs, coz memang masa tu haku nak cakap yang haku tengah lapar.... tak sangka plak yang dia nak hantarkan haku makanan.... hati ibu kan, dia mesti dapat baca perasaan anak-anaknya... kata-kata ibu nie ibarat keramat, apa sahaja yang dia cakap adalah niat & dtg dari hatinya yang baik...
Mana ada ibu yang sanggup tengok anaknya susah, dan mana juga ibu yang tak sayangkan anak-anaknya.... cuma kekadang, kita sendiri yang cepat terasa, samada ibu kita terbahagi kasih sayang.....
Mama haku nie seorang yang terlalu rapat dengan anak-anaknya, kiranya mmg suka dengar masalah atau bercerita dengan kami, tu lah sebabnya kami adik beradik tak boleh jauh tanpanya......
mama seorang ibu yang selalu jadi teman baik kami, mama seorang ibu yang tak pernah putus nasihatkan kami, mama seorang ibu yang selalu tolong kami, mama sentiasa berada disisi kami tak kira apapun jua keadaannya....
Mama sanggup bersusah payah demi kami, mama juga seorang sahabat yang terlalu baik buat kami.... mama sanggup buat apa sahaja untuk kami...
Usatazah haku pun pernah cakap " seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu....
Sayangilah semasa kita masih punya ibu.... Kita masih boleh peluk & cium kalo dia masih ada didepan kita, tapi, kalo satu hari dia tiada........................................... speechless!!!
Bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, doa adalah penawar terdekat kerinduan kita padanya......
Thanks to MrHazizul yang jadi runner pada hari tu....
p/s: berdoalah...
0 comments:
Post a Comment