BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 11, 2008

Qiamullail At Lanai Kijang


Jumaat, 8 August 2008


Lepas habis keje, haku duk sibuk berkemas coz nak kejarkan shuttle kat Lobi A ke Lanai Kijang... Even Lanai dah bukak hampir sebulan, belum berkesempatan nak pi melawat pun..... So dapatlah haku naik shuttle ngam-ngam kul 6pm.

Haku pergi pun sbb last time pi Qiamullail nie masa form 5, bapak punya lama...... Lagipun kali nie anjuran Puspanita Kijang, rasanya nielah first time dijemput pergi......


Masa mula-mula masuk, rasa sangat kagum dengan kecantikkan Lanai Kijang nie... Masa tu haku rasa betul-betul beruntung dapat berkhidmat di BNM nie. Lanai Kijang nie lebih dikenai sebagai ClubHouse staff.

Ia mempunyai pelbagai kemudahan bersosial seperti karaoke, snuker, games, pool & banyak lagilah....


Nie pic di Lobby, Lanai Kijang




Kak Sharliza, selaku petugas yang menguruskan pendaftaran telah sedia menunggu..... Kami diberi penerangan mengenai, tempat mandi, menyimpan barangan dan jadual untuk malam itu...


Senaskah program Qiamullail untuk panduan kami....



Tempat bersolat.....


Nie tempat bersantap.....


Malam tu, selepas maghrib berjemaah, kami diberi taklimat untuk Qiamullail pada pagi nanti. Kemudia ceramah mengenai fadillat berdoa......

Ermm!!! sungguh tersentuh & sayu para peserta apabila ustazah mencerita kisah seorang ibu berdoa pada saat-saat terakhir anaknya.....

Ceramah berakhir pkul 11pm, haku terus call MrHazizul agar membawa Aries'sya sekali....

Malam tu, haku sempat lariks sekejap kerana rindukan Aries'sya..Maklumlah, kami amat jarang berpisah..... Kalo semalam tido tanpanya, pasti haku tido bertemankan air mata..... serius tau...... Ibu mana yang tak sayangkan anak dan ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anaknya....



Qiamullail, ....... solat Hajat, Solat Taubat, Solat Tahajud & solat subuh.... Terakhir sekali kuliah subuh sehingga pkul 7.30am.

Kuliah subuh pula bertajuk Akhlak.....antara kata-kata ustazah mengenai akhlak ialah :

"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)

Manusia yang paling baik akhlaknya ialah junjungan kita Nabi s.a.w. sehingga budi pekerti beliau tercantum dalam al-Quran, Allah berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya engkau (Muhammad), benar-benar berbudi pekerti yang agung.

"Sesuatu Ummat bagaimanapun hebat Kekuatan dan Kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika budi pekertinya telah binasa, maka Ummat itu akan mudah binasa. Manusia yang tidak punya akhlak, mereka sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual marwah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi dia menjual Agama dan
Negaranya.

Qiamullail hari tu kujadikan pedoman agar tidak leka mengejar kebendaan dunia kerna akhirat pasti menunggu kita...Insyallah.....Renung-renungankanlah ya anak-anak....

Ngam-ngam pkul 8am, terus call MrHazizul untuk pulang...... banyak agenda yang harus haku selesaikan....


p/s: Penat betul

0 comments: