BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 19, 2008

Istimewa




Hari nie merupakan Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-3. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT.

Tiada apa yang penting bagi setiap wanita diluar sana dengan sentiasa mendoakan kebahagian bersama keluarga iaitu suami & anak-anak tercinta, begitu juga haku....

Apa yang haku harapkan agar kasih-sayang kami sekeluarga berkekalan....

For my lovely, MrHazizul.....

Mummy sayang daddy & Aries'sya dan kehadiran daddy dan anak merupakkan kebahagian yang tak ternilai buat mummy......

Terima kasih kerana menjadi seorang suami & ayah yang bertanggungjawab. Semoga perkahwinan kita kekal ke akhirnya, insyallah......

************************************************

Dan hari nie juga merupakan ulang tahun kelahiran arwah adikku, Mohd Sha'iril Idz'wan yang hampir 5 tahun meninggalkan kami.....

Jika arwah ada, pasti umurnya genap 24tahun genap pada pukul 12thgari.... Arwah merupakan anak lelaki tunggal dalam family haku.

Arwah pergi meninggalkan kami kerna mengidap penyakit CML leukemia (chronic myeloid leukemia) setelah 3 tahun bertarung melawan penyakit yang dihidapinya....

Walaupun BMT (bone marrow transplant) telah berjaya 3 kali dilakukan dengan menggunakkan Miss Elaine sebagai penderma, ternyata ALLAH SWT lebih menyayanginya......

Sepanjang berada dalam kedaan koma pada saat-saat akhir arwah, doctor memaklumkan yang arwah tidak dapat bertahan lama..... kami sekeluarga diminta kebenaran oleh pihak doctor untuk menanggalkan life support machine agar arwah dapat pergi meninggalkan kami dengan tenang tanpa sebarang paksaan...

Hanya tuhan sahaja yang mengetahui situasi kami sekeluarga ketika berhadapan dengan permintaan doctor itu.... dan yang paling penting, kami mahukan yang terbaik buat arwah tika itu, walaupun keputusan itu pastinya merupakkan penamat bagi segalanya....

Jumaat, tepat pada pukul 10.20am,5 September 2003 di HUKM arwah kembali ke ramatullah setelah mengalami penurunan darah secara mendadak & berada dalam keadaan koma selama 2 jam.

Tika itu hanya semangat dan kasih-sayang kami sekeluarga membolehkan kami bertahan, tiada yang ternilai dalam hidup ini melainkan bersama orang yang tersayang..Jadi, sayangilah mereka ketika mereka masih di sisi kita......

Alhamdullilah..... walaupun perit, kami sekeluarga berjaya menharunginya hingga kini....

Doaku, semoga arwah adikku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & didekatkan sentiasa dihati kami..... Insyallah.....



p/s : dua yang teristimewa, 3 yang berpanjangan

0 comments: