BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 13, 2008

Gleneagles Intan Medical Centre



Isnin lepas, MIL haku minta MrHazizul tolong hantar FIL haku pegi medical check-up kat Gleneagles....

Makanya, lepas hantar haku keje, berdesup Mrhazizul ke Semenyih ambil MIL & FIL haku... Teringat haku tahun 2005 masa FIL haku tengah sakit teruk, koma sebulan disini.... Masa tu plak, haku tengah berperang dengan persiapan perkahwinan haku....

Tak sangka yang FIL haku boleh jatuh & terus koma. lepas buat CT scan & segala macam check-up, FIL haku kena buat brain surgery, meaning major operation nak buang sebahagian otak yang sudah tidak berfungsi....kalo tak silap masa tu bulan Feb, 2005.

hari2 MIL haku ulang-alik dari semenyih ke Gleaneagles. kadang2 dia tido sana, penat & malas nak balik...

Masa tu kitaorg disyorkan berunding dengan salah seorang pakar bedah otak yang terkenal, Dr. Chee Chee Pin
, MBBS (Mal), AM, MRCS (Eng), LRCP (Lon), MD (Mal), FRCS (Edin), FRCS (Glasgow), FICS
- NEUROSURGEON, amik ko dia punya gelaran & pangkat. Memang caj nak buat brain surgery nie mahal, cecah RM350K, tapi MIL haku tak kisah, dia tetap nak pastikan FIL haku sihat....

Lepas buat brain surgery, FIL haku koma sebulan, kami berhubung melalui gerakkan jari & gerakkan mata. maknanya, kalo dia faham apa yg kami cakap, dia akan gerakkan salah satu samada mata atau jari.

Lepas sebulan, FIL haku sedar, tapi tak boleh bergerak, lama jugak....Masa tu haku tarik nafas lega, takut jugak kalo terjadi perkara yg tak di-ingini.


Lepas tu, Dr. Brenda Ling ,
MBBCh (UK) MRCP (UK)
-NEUROLOGIST yang selalu follow-up after surgery..... Punyalah susah nak jumpa, even FIL haku stay kat hospital, masih kena buat appointment nak jumpa dia....

Sekarang, hampir 4 tahun perubahan dia amat ketara...Dah boleh jalan guna tongkat. lama jugak dia buat fisio & terapi kat Gleneagles nie.....Anw, masa haku kahwin, dia dapat attend masa kami nikah, berinai & masa reception, walaupun bekerusi roda......





FIL, Dato ke, Tan Sri ke, tapi haku panggil ayah....


MrHazizul & my MIL.....


Anw, haku rapat dengan FIL haku nie, dia selalu cerita pelbagai cerita time dia study kat overseas dulu & walaupun dia berkerusi roda, ada hati nak drive tu.....Hehehehe!!! Takpelah ayah , time nie biar anak-anak ayah yg bawakkan ya...


p/s: lepas nie boleh...

0 comments: