BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 30, 2008

Ada Lagi


Haku suka pics nie.... dema berdua nie memang suka gadoh..kadang-kadang tak sependapat, tapi kalo baik tak hengat dunia.....


Tapi selalunya dema berdua nie ngam kalo nak keluar shopping atau berjalan kemana-mana, bab tu mereka sependapat. Tapi Kalo gadoh selalunya pasal tak puas hati dgn satu benda, entahlah yang pasti dema nie tengah baik sekarang, maybe esok gadoh balik.....Hehehehe!!!!





Nie gambar kami laki bini, mula-mula nak buat aksi romantik. sekali romantik yang tak jadik, coz kami mmg tak sependapat.... Selalu berdebat, asyik tak puas hati sama sendiri...


Tapi kami sependapat dalam satu benda.... Benda apa tu.....

Nanti-nanti ya.



p/s: cinta kami

Malam Sabtu





Malam sabtu, lepas dinner we olls pusing-pusing KL.


Macam boring jer duduk kat rumah, ajak semua pi KL jalan-jalan cariks pasal.

Kebetulan satu rumah kena batuk tahap kronik cipanzi, meriah & bersahut-sahut batuk dema semua.....Hehehehe!!!

Sampai KL, tekak teringin nak makan ice-cream, Papa kata Ice-cream ubat yg paling mujarab utk batuk. Apalagi, we olls singgah 7-Eleven kat Sultan Ismail, lepak sambil berfoto gediks kat tepi jalan...hehehehe!!!

Takde keje cariks pasal pun ok gak...

Takyah korang tanya kenapa haku crop color PINK mamat tu, kalo haku tak crop kang, maunya berbunuh-bunuhan orang yg tengok nanti...

Bukan korang tau, tapi LALAT BUSUK yg dengki dgn family haku....


Dema nie semua mmg tak pernah puas hati tengok we olls bahagia, jadi utk menjaga keharmornian rumahtangga Miss TOT, haku cropkan lah ya.....


p/s: tak puashati lah tu....

Nano Technology


Bio Aura - Hi-Tech Water System Nano Technology


Regenya....RM2,080.

The Ideal Solution To Your Needs.

  • High Energy
  • Therapy Effect
  • Absolute Quality Of Water
Ermmm...Papa beli nie, dia suruh cuba guna yang nie punya, takmoh guna ELKEN brand lagi...

Kita tengok mana yg elok ya.....



p/s: Elken 0.00 mbran sel

Haku Cabar Ko Capix



Entry nie haku tujukan khas buat jantan yg namanya Shafiq ke Chapix ke..entahlah macam mana org panggil ko.

Yang pasti ko tahu siapa ko kan... Haku tahu ko baca blog haku sembunyi-sembunyi....Apa kelassss!!!

Ada lagi tu jantan nak nak haku jerkah, sabar-sabar bagi haku bernafas dulu elok-elok ya...
Heh!!! korang, jgn sampai haku publish muka korang dalam blog haku ya.. Korang tggu korang punya nasib plak ya.... Nie bagi Capix dulu....

Meh sini dengar baik betul-betul. Kalo ko tak cukup kuat, jangan ajak haku gadoh...


Kepada Capix, mulut ko jangan macam sial eks kata haku macam-macam, tuduh haku suruh Husna putus dengan ko... Hey!! husna tinggalkan ko sebab dia tanya haku samada patut ke dia simpan jantan macam ko dalam hidup dia. Lagipun ko tanyalah Husna sendiri, apasal dia tinggalkan kan ko!!!!

Haku cakap dengan Husna terpulang pada ko, bukan haku suruh dia terus putus dengan ko, lgpun dah banyak kali si Husna tu mengadu dan call nak dapatkan nasihat dan pendapat haku...
Lagipun utk pendapat ko ya Capix, haku bukan PEROSAK atau PEMUSNAH rumahtangga orang.

Kalo haku tahulah mulut ko macam nie Capix, masa awal-awal lagi haku dah paksa Husna tinggalkan kan ko tak payah tunggu dia tanya haku banyak kali.


Untuk pengetahuan ko ya, haku tak pernah call dia suruh dia tinggalkan ko... Dia yg call haku mintak nasihat sambil nangis-nangis....


Dan satu lagi, haku pelik ya kalo pompuan dah tak suka ko, pegi jalan lah,...apasal ko tergedik-gedik dgn badan ko yg macam **** tu lagi..... Muka tak malu betul lah ko nie....

Hahhh!!! Kalo tak puas hati, dtg sini......Cakap belakang tak main, main belakang pun mmg sesuai utk ko jelah kan....
HA!!! nak sentap lah tu, nak nangis lah tu....

Dan satu lagi, haku cabar ko bawak kawan ko dtg rumah haku sekarang, sejurus ko baca entry haku... Ada berani... Nak haku publish gambar ko, tarak hal lah.....

Ada BERANNNNN!!!

Saturday, November 29, 2008

Kolek Cafe....


Entah kali keberapa kali haku kesini, kurang pastilah....


Yang pasti, masak asam nya mmg Ummmph!!! Sedapppp plus layanannya yg mmg mesra alam. Kiranya kalo korang makan sini, siap package lah. Makanan + servicenya yg tip top....


bercakap pasal masak asam, korang ingat tak entry nie dan nie.

Untuk yg duk kondem haku kata pasal macam bagus lah tekak haku nak bezakan masak asam mana yg best, korang apa kes. Bukannya tokeh Kolek cafe nie bayar haku nak bagi UP masak asam dia.


Kalo tak puas hati kasilah lu punya contact number, meh haku ajar macamana nak rasa masak asam yg beul rasanya bukan namanya...

Lagipun haku punya tekak, haku punya duit, haku punya pasal lah kan.....

Ish!!! mmg lah LANGAU nie tak boleh tengok orang senang kan.....

Cuma, LANGAU nie tak gentle lah, ibarat sudah berak, takmo cuci MONTOT busuk macam ko jugak lah kan LANGAU........ Haku pun tak pernah dengar peribahasa nie, tetiba jer jumpa.....



Telur bungkus tu mmg sedap, tamak dgn inti.... Bukan sikit-sikit intinya, bapak punya penuhlah. Dan ulam-ulam tu mmg package dgn masak asam nie.....




Dan yang pasti SIRA PISANG nie amatlah sedappppp...


Seriously, haku tak pernah makan sira pisang nie kat mana-mana kedai pun coz haku tak suka manis. Tapi SIRA PISANG kolek Cafe nie rugi taww kalo korang tak cuba....

Tak caya.......Kalo tak caya, pergilah cuba u olls.

Kolek cafe nie terletak di Bandar Sri Permaisuri. Sesiapa yg nak tahu, bolehlah calling-calling haku. Insyallah kalo ada masa, haku tepek map kesana.

So to Husna, Lily, Zura, Elynna kalo nak tahu call haku ya... Atau nak makan, ajaklah i pegi sekali....Hehehehe!!!


p/s: Bowlinggg yok!!!

Kasihannnn....


Lapar betul si Aries'sya nie.

Tak menyabor betul, tak sempat maksu ambil pinggan dia dah duk mengadap nasi goreng tu...

Alahai. sian nyaaaa..... Nenek tak bagi makan ke kak???

Larikssss........
Hehehehe!!!


p/s: sowyyyyyy..hahahahaha....

Friday, November 28, 2008

Menyerah Diri


Tajuk macam orang nak pergi berperang kan.....


Minggu nie kan asyik hujan jer, cuaca sejuk memanjang. Rasanya dah hampir seminggu haku diserang semput ala-ala manja, kejap ada kejap tidak...

Batuk plak non stop, 24 jam.. Huhuhu...seksanya...

So, semalam lepas keje haku ajak MrHazizul menyerah diri kat sini. Sebab dah tak tahan daa...




Klinik mana bukak lagi kan, sah-sah lah dah kul 7pm. Haruslah tempuh ER nie.......




Nasib baik tak ramai orang. nampak muka macam tak sakit jer, tapi dado den dan jammed. Somput tak henti-henti...




Lepas check doctor suruh masuk wad. masa tu haku suka lah, nama pun menyerah diri kan. Tapi lepas check dgn admission staff, katil penuh. yg ada cuma 6 bedded.


Adoi!!! bertambah sesak napas den kalo duk kat 6 bedded. Single room semua penuh, doctor kata banyak org sakit masa tengah musim hujan nie....

Nampak gaya, takde harapanlah nak check in kat sini.....


Doctor bagi bekalan ubat utk 2 minggu sambil berkata "nanti ada bilik kosong, saya suruh staff nurse call awak"

hehehehe!!! TQ Doctor.


Dah boleh balik daaa.....


p/s: esok boleh jalan kan....

Akhirnya....


Wook Rela Dimadu

Oleh nor aziah jaafar dari Utusan Malaysia


HULU TERENGGANU 27 Nov. - Warga emas berusia 106 tahun, Wook Kundur bersedia memberi 'lampu hijau' jika suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, mahu beristeri lagi.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.

Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.
''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.
''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.

Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.
Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.

''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.

''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.


p/s: positive thinking

Thursday, November 27, 2008

KAMI BAHAGIA....


KAMI BAHAGIA....




HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.
Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.
"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.


Artikel dipetik dari : Utusan
pics credit to: GilaPerfumes (sory nok ko takde blog kan, so takleh LINK yo)


p/s:gembira....

Wednesday, November 26, 2008

Dah Nak Balik.....


Aries'sya dah ketidoran.....


Haku pun letih.




Tapi sempat jugak singgah beli durian pancakes & kueh cino nie.... hehehehe!!!!





Dah akhirnya......


Penat daaaa....


p/s: bahagia kah???

CurryPuff





Ohhhh!!! currypuff nie memang sedapppp...Aries'sya sampai makan 2 ketul okeh!!!


Kebetulan, haku makan semuanya sedap-sedap hari tuh!!!!

oh ye, currypuff nie berintikan ayam sahaja, harganya RM1.80 seketul, buy 10 FREE 1.

Sodappppp.... Haku tapau utk org dirumah..... Kedai nie bersebelahan dengan Rak Thai di Lower Ground Floor sama seperti Paddington House Of Pancakes.... Tak susah cariks u olls...



p/s: kami kepengsanan

Paddington House Of Pancakes






MrHazizul - Pancakes with Bananas n icecream....



Mine, Classis Pancakes....




Our LATTE....





Makan lagiks....

Lepas kena POW, we olls turun balik ke Lower Ground Floor, perut sudah bunyik balik....

Tetiba nampak plak kedai nie....haruslah cuba kan....

Pancakes kat sini memang SEDAPPPPPP.....

Arghhh!!!! kenyang makan sampai ngantuk...Sereyes!!!!

Nanti belum lagiks, lepas nie we olls gie tapau Currypuff sedappp....nak tengok???



p/s: alahhhhhh

Toys R Us











Akhirnya kami di POW dengan jayanya oleh Aries'sya.....


Kenapalah Toys r Us nie ada kat Mid Valley.....



p/s: errrr!!!!

Dutch Lady World of Effective Learning

Abang Zoey




us!!!!






Dari Rak Thai, kami kesini.....


Kebetulan ada event org. by Dutch lady...

Macam-macam games ada, we olls layan jer lah...

Syok plak, esp dapat jumpa Abang Zoey , host popular Gerak Geri Gasing... Cute jer Abg Zoey nie, patut pun bebudak suka, mak budak pun suka tau.....

Dari sini, we olls terperangkap kat satu tempat...Adus!!! habis kena pow secara besar-besaran oleh Aries'sya....


p/s: Habis daaa...