BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 5, 2008

Dugaan Apakah Ini

Lepas office semalam, MrHazizul fetch haku kat station LRT Bandar Tun Razak. Masa nie haku tengah tekun mendengar apa yang patut dari mulut MrHazizul mengenai Miss Elaine.




Ya, haku ke HUKM. Bukan melawat teman atau sedara, tetapi melawat .......



melawat Nur ShayRin Niza aka Miss Elaine.



Untuk pengetahuan semua, Miss Elaine dimasukkan ke HUKM setelah mengadu sakit perut yang amat perit.

Ekceli Miss Elaine nie macam mama haku, susah nak sakit. Tapi pada malam isnin sewaktu Aries'sya di Tawakal, Miss Elaine diserang sakit perut yang sangat teruk.

Masa tu family haku semua ada di tawakal melawat Aries'sya, since Miss Elaine dah sakit, we olls terus ke emergency tawakal jer.

Mengikut kata Miss Elaine, perutnya memulas-mulas seperti angin yg sedang berperang di dalam. Setelah blood result & urine test keluar, doctor tawakal yang bertugas mengatakan yang Miss Elaine diserang Apendiks.

Doctor suruh admit malam tu jugak, tapi Miss Elaine taknak. Dalam kul 11.30pm, Miss Elaine mengadu sakit lagi, mama terus call haku nak bgth yg mereka semua akan ke HUKM.

Sekali lagi blood result diambil. Menunggu sehingga kul 5am, tetiba Doctor inform mama yg Miss Elaine kena menjalani operation dengan segera.

Doctor mengesahkan yang Miss Elaine mengalami ketumbuhan luar rahim. Ya Allah, tuhan ajer yg tahu macamana perasaan kami masa tu.....operation memakan masa hampir 5jam.

ketumbuhan tu dah pecah. Kiranya nasib Miss Elaine baik kerana masih sempat diselamatkan. Menurut pakar bedah yang merawat Miss Ealine, ketumbuhan tu tidak menjejaskan apa-apa organ dalam tubuh Miss Elaine dan rahimnya dalam keadaan baik. Sebahagian puncanya adalah kerana kitaran haid Miss Elaine yang tidak teratur...

Alhamdulillah, yang paling penting Miss Ealine dalam keadaan yang tidak perlu dibimbangkan sekarang. Insyallah Miss Ealine akan dibenarkan pulang samada Khamis petang atau Jumaat pagi.

Kekadang haku terfikir, dugaan apakah ini.... Mengapa haku, mengapa family haku. Dimanakah kesilapan dan kekurangan diri kami...

Haku meluahkan isi hatiku pada Kak Piah tengahari tadi. Sebak rasanya....

Terima kasih Kak Piah coz bagi semangat pada haku, rasa macam tak tertanggung mulanya... Alhamdulillah, haku makin pulih untuk terus tabah dan kuat melawan menghadapi dugaan mendatang...

Insyallah...


p/s:kawan menangis sukar dicari...

0 comments: